Tuesday, 20 May 2014

20.05.14

Hidup ni tak lama.
Usah terlalu menyesal.

Bukan apa,
Mati nanti tiada yang tak menyesal.
Manusia baik sesal kurang masa buat pahala.
Manusia jahat sesal terlebih rakus buat dosa.

Jadi simpan dulu menyesal.
Sebab mati tu pasti.
Menyesal sudah tentu menanti.

Siapa tak pernah buat salah?
Yang angkat tangan penipu besar.

Dengar sini,
Terluka jari, sapu minyak gamat.
Terluka hati, perbanyak zikir keramat.


Monday, 5 May 2014

Isnin 5/5/14

Assalamualaikum.

Baru habis borak dengan nashrah keding yang tengah bercuti kat UK. Perghh.. untung la.

Aku macam ni la. Menghabiskan masa pusing bandar gemas, sebab nak pegi jauh sikit dari gemas takut tak ketemu jalan pulang pula. Pendek kata, buta jalan.

Tadi borak dengan rumet aku. Seorang gadis yang baru disampuk oleh dewa cinta. Berkepit dengan henset ke hulu ke hilir umpama penyelam dengan tangki oksigennya. Cewahh.

Rumet aku bila dia bercerita pasal masa depan dia dengan bakal imam dia tu, mata dia bersinar-sinar. Ni 1st time aku tengok situasi camni. I mean the progress of stage, dari mula kenal sampai diorang dah bincang nak datang merisik n finally nikah hujung tahun ni. Aku tak sangka rupa-rupanya, mata seseorang tu akn betul-betul bersinar bila bercakap pasal sumting yang dia btul2 teruja. Ini fact.

To be honest, aku tak penah terjebak dalam relationship yang boleh membawa kepada mata aku bersinar-sinar. Serius. Aku kagum dengan fakta ni.

Bila rumet aku da mula merangka masa depan dia, bila bakal suami dia dah cakap tak nak stay kat gemas, maknanya aku pun dah mula kena fikir kelangsungan hidup aku lepas ditinggalkan pasni. Eh. Ni bukan kisah sedih walau bunyi macam tu.haha.

Aku pun dah terdetik nak keluar dari gemas.
Cari tempat kerja baru.
Rasa suasana baru.
Belajar benda baru.
Kenal orang baru.

Mungkin dalam negeri sembilan ni juga, atau mungkin negeri lain. Belum dapat putuskan. Kalau ikut hati, aku nak ke sabah. Nak cuba hidup sendiri kat sana. Tapi sayang dan komitmen pada keluarga, aku tak boleh. Lagipun bukan senang nak balik kalau mak sakit ke ape.

Dalam segala hal pun, aku selalu 50-50. Sentiasa tak boleh decide. Menyampah pulak rasa. Dalam drama "dreamhigh", ada satu dialog yang aku selalu ingat. Katanya, bila kita dalam dilema, 50-50, just make a choice then top up pilihan kita tu daripada 50 kepada 51 then 50 smpai jadi 100%. Jangan pandang belakang lagi. Move on.

Betul.

Sunday, 4 May 2014

Ahad 4/5/14

Assalamualaikum...

Terasa nak menulis pulak.

Aku baru deactivated fb, jadi sekarang ni aku rasa sehari aku ada 28 jam. Lebih 4 jam dari hari-hari sebelum ni. Sungguh banyak masa kosong. Oh. Heaven. Oh. Sunyi jugak. Nampak tak betapa sebelum ni aku begitu fokus dengan fb. Maksimum penggunaannya.

Ok. Soalan kawan-kawan.

Kenapa deactivated  fb.

Satu.
Sebabnya aku bosan sebab orang selalu ulang suara status-status aku atas muka aku sendiri. Contoh time keluar breakfast, tengah-tengah makan tu boleh pulak diorang keluarkan ayat-ayat berbaur BM SPM A+ "cahaya mentari menusuk masuk ke tingkap, gemornim!". Tu status aku -.-

Dua.
Sebab aku nak mematangkan diri. Friends fb cakap aku mengarut bebenau. Haih. Diorang ni tak tahu betapa bersungguhnya aku menceriakan hidup aku pakai fb. Setiap status tu melambangkan setiap detik-detik gemilang dalam hidup aku. Perghh ayat aku.

Lately aku rasa macam tenang je bila tak ambil tahu kisah orang, kisah-kisah politik dunia, kisah-kisah artis. Serius.

Ok, lapar pulak. Sambung cerita esok je lah.

Monday, 14 April 2014

jom lari

Assalamualaikum...


Bila aku cari gali balik blog aku selepas aku buat tak endah sejak zaman muda dahulu ni, maknanya hidup aku sedang tak best. Maknanya aku sedang mencari punching bag. Malangnya aku tak ada tempat lain yang boleh ditumbuk melainkan kat sini je.

Gitu.

Ye. Hidup aku sedang tak best setelah banyak tahun best. Nampak tak macam mana roda kehidupan yang orang canang-canangkan sejak kita sekolah rendah dulu. Katanya hidup ni bagai roda, kejap di atas dan kejap di bawah. Cikgu BM selalu sebut perumpamaan ni. Taktahu lah kalau cikgu orang lain tak sebut. 

Sekarang roda hidup aku sedang berada di bawah. Memang aku percaya yang roda tu akan berpusing balik naik ke atas cuma tak tahu bila. Kenapa tak tahu bila? Haaa.. ini soalan tak patut tanya sebab memang takde jawapan.

Buat masa ni aku terpikir nak lari dari Malaysia. See? Orang macam aku takde der nak lari dari rumah. Tak thrill. Kalau nak lari, bawak buku merah sekali. Harap tak tamat tempoh, kata kaka dan zizan. Yer. Sungguh seronok kalau aku mampu lari jauh sekarang. Try cari kehidupan baru yang kurang mencabar.

Nak lari ke mana?

Sekarang ni aku teringin sangat nak pergi ke satu tempat yang baru, yang semua orang kat situ aku tak kenal. Bercakap dalam bahasa yang aku tak faham. Udara sekeliling bau lain. Semua orang tengok aku dengan muka hairan. Semua orang tak kenal aku dan tak pernah kenal aku sebelum ni. Kehidupan yang dikelilingi strangers.


Yup. Aku sedang terfikir tu sekarang~



Wednesday, 4 September 2013

i wish

Assalamualaikum..~

Hmm.. sedang mengulor. Dari tadi key in data.. ada lagi dalam 200 yang belum key in. Haruslah muntah hijau kalau aku masih terus gigih depan laptop. Boring. Lembab. Yawn...~

Izinkan aku mengumpat sebaris dua. Sebab hari ni aku belum sempat berfoya2, jadi tak ada cerita yang nak dikongsi. So, aku cerita kisah semalam lah. Belum basi agaknya.

Semalam, aku relief kelas 5 akaun kat perpustakaan. Seperti biasa, bila masuk library mesti akan jumpa aunty yang kerja kat dalam library tu dan bila dan jumpa aunty tu, dia mesti akan suruh aku kahwin. Nampak tak kronologi tu..?

Aku okay jer, sebab walaupun aunty tu india yang berlainan agama dengan aku, tapi nasihat dia langsung tak bercanggah. Cuma semalam lah lain sikit. Aunty tu boleh pulak tegur pakaian aku. Freeze kejap aku.. o.0

Aunty said : "Su, this outfit quite big for u hah. You shouldn't wear something bigger than you. Show off your body shape, i believe all those guy will running to you.." 

-.-
Ini satu-satunya nasihat aunty yang tak boleh pakai  :D 
Nasihat yang lain masih tersimpan dalam memori :)

Semalam ada berborak dengan Kak Logeswary. Dia sedang hamil 2bulan. Nampak teruja sangat. I'm happy for her. Tak sangka dia mengandung, baru bulan lepas rasanya dia keguguran.

Kata Kak Loges, "Su, you jangan leka dengan hidup bujang. Kadang2 you tak perasan masa yang berlalu. Kita perempuan banyak yang kena fikir. Nak mengandung lagi.."

Kak Loges bercakap atas dasar pengalaman. Dia kahwin masa umur 31. Bertahun2 kahwin tapi belum dapat zuriat. Yang dalam kandungan ni bakal jadi yang sulung. Betul kata Kak Loges tu. Hidup bujang ni sangat melekakan. Tak ada komitmen. Hanya fikir kerja, hiburan dan famili kat kampung. Kat sini dengan kawan2, balik cuti dengan famili kat kampung. 

Aku akui fakta ni. Hidup bujang aku sangat simple. Malam2 layan FB. Kadang2 main Candycrush sampai alarm subuh bunyi. Adakalanya memerap dalam pejabat sampai sunyi satu sekolah. Hari minggu bangun solat dan makan, then sambung tidur. Dapat gaji bayar itu ini, hantar sana sini, simpan sikit, selebihnya belanja ikut suka hati. Kadang2 banyak lebih, kadang tak cukup. Manja2 minta topup ngan abah. Bila boring call member satu uni or satu sekolah dulu. Borak borak borak sampai dia menguap.

Itu hidup bujang aku. Simple. Tak ada komitmen.
Kata Kak Loges.. "sampai bila..?"

Tolong jawab..



Thursday, 6 June 2013

tolong lawat sang pembebel. dia asyik bebel.

Assalamualaikum....~

Alhamdulillah. Masih bernyawa di bumi Allah..

2 3 minggu lepas aku berniat nak delete blog ni sebab dah malas dah nak blogging. Ada blog tapi tak update, macam ada nasik tapi tetap makan megi. Eh..?

Tiba-tiba niat nak delete blog terbatal akibat kena ugut dengan seorang gegel yang asyik paksa aku klik nuffnang dia. Siap wechat hantar audio berbaur ugutan. Katanya hidup dia dalam kesunyian sejak delete blog lama. Tolong laa.. tolong laa pergi lawat gegel ini.."Sang Pembebel"...

Haa... sila bayar aku ye Sang Pembebel. 
Bukan senang tau nak menerpa nama di blog aku ni.. ^^

Aku ni makin lama makin celaru. Aku rasa macam penulisan aku ni memboringkan jer. Info memang lah zero. Tu yang aku malas nak update tu. Rasa dah hilang rentak. Mungkin sebab makin tua agaknya.. :D


Tuesday, 9 April 2013

it's me again

Assalamualaikum..~

Yah. Yah. Yah. It's me. Jangan buat-buat tak kenal. -.-

Sebenarnya, aku ni tidaklah sibuk sampai tak mampu nak meng'update'kan blog. Kalau nampak sibuk pun, tu cuma politik murahan. Buat-buat kelihatan sibuk supaya tak banyak kerja yang mendatang, dan dapat mencuri masa untuk berpoya-poya dan menduniakan diri. Hey...! Ini bukan malas atau pemalas. Biasalah, nak hidup ni perlulah bijak, dan buat-buat sibuk itu adalah satu daripada kemahiran yang perlu. Diulangi. Perlu.

Hmm. Perenggan pertama pun dah boring. Nampak sangat tak ada cerita.


 


Monday, 18 March 2013

hari jadi special

Assalamualaikum..~

lukisan boey

Tetiba aku rasa bersalah pulak tak mencoretkan sesuatu sempena umur genap 27 tahun aku ni. Ceh. Aku guna word MENCORET. Berseni pulak rasanya.

Oh. 27. Agak tak comel angka tu tapi nak buat macam mana, tiada sistem mengundur dalam pengiraan usia waima manusia jua haiwan. Pasrah sahajalah.

Memandangkan aku ni memang jenis insan yang agak teruja dengan hari jadi sendiri, maka dengan rasa tak bersalahnya aku menghantar mesej2 yang berbaur meminta hadiah kepada member2 aku. Bukan semua member laa, gersang sangat tu. Kawan2 yang terpilih saja, yang aku kira cara otaknya berpusing sama macam aku. Kawan yang normal aku bluetooth hasrat hati jer.. :D

Hasilnya...?!
Dah mintak pun kepada yang ngokngek jadi boleh agak la kan..? -.-

Aku ni bukan la jenis insan yang bermata duitan. Kalau ya pun, aku tetap akan menafikannya, gilor ape nak ngaku. Aku sebenarnya dah cukup terharu dah dapat lukisan macam yang boey lukis tu, walaupun aku mesej dia mintak hadiah beserta resit pembelian.

Teruja sungguh bila tengok lukisan tu. Rasa macam sungguh disayangi bila kawan sanggup menghabiskan 5 minit masanya mengadap laptop untuk melukis lukisan tadika macam tu. Sungguh terharu ^^

Di hari jadi yang mulia hari tu, ramai yang tolong celebrate kan. 1st angkatan guru sengokngek aku. Kebetulan pulak hari kejadian tu ada kem kat Asahan, sesuai sangat la masa konvoi balik dari kem tu terus celebrate kat KFC Gemencheh. Lagi dasyat birthday girl yang kena belanja. Dah la sekor2 nafsu dinasour.. -.-  Btw. Thank you guys.. ^^

2nd celebration .. SURPRISE..! eh.. betul tak eja surprise macam tu..? Kek coklat bulat yang kelihatan sungguh sedap terhidang di atas meja. Budak2 asrama nyanyi2. Potong2 kek. Suap2. Glurp..! Kek bergaram. ~.~ Tapi takpe lah. Bahagia ku rasakan wahai anak-anak..~

3rd celebration. My beloved boss. Pengetua sekolah. Mau tak terharu boss belanja makan. Boss konon nak belanja makan ikan yang sedap kat Sungai Dua tu, tapi hari tu takde ikan pulak..-.-  Syukran boss ^.~

Makin lama aku mengadap laptop ni makin ke tepi semua kertas-kertas kerja aku. Tadi masa mula2 menaip ada kat depan aku, bila masa aku kuis ke tepi. 2 3 helai dah jatuh bawah meja lagi  -.-

Sunday, 10 March 2013

pengumuman untuk peminat

Assalamualaikum...~

Sesungguhnya aku sangat sibuk minggu ni. Dan sememangnya macam ni lah perangai aku. Aku sanggup update blog di saat2 kritikal seperti ini demi memberitahu dunia yang aku sangat sibuk. Gojes kan perangai aku..?

Esok 12 Mac 2013. Hari jadi aku. Sila set reminder pliz. Nanti aku inbox alamat untuk penghantaran hadiah.

Tu jer dua pengumuman penting. Yang lain aku update bila aku ada masa sibuk. eh?


Monday, 4 February 2013

walaupun dulu cita-cita aku nak jadi penari

Assalamualaikum...~

Hello here..~
Hello there..~
I'm back..! Cewaahh..(~.^)v

Nampak keterujaan aku tu...?

Aku sangat teruja nak update blog hari ni selepas mengemas rumah beberapa hari lepas. Yer, beberapa hari lepas.. bukan semalam, bukan dua malam. Teruja ni timbul beberapa hari yang lalu dan hanya mampu direalisasikan pada hari ini. Kenapa hari ini..? Tak ada jawapan.

Beberapa hari lepas, sedang aku kemas-kemas bilik, kedebuk jatuh sehelai kertas dari langit menimpa kepala aku. Dalam kertas tu tercatat segala wishlist aku yang berderet yang aku tulis pada hari pertama aku masuk rumah warden tu. Dah berapa lama tu.. emmm.. ada la dalam 8 bulan gitu. Aku pun dah lupa dah dengan senarai tu, punya la tinggi aku gantung kat board tu sampai tak perasan pula kewujudannya.

Dah jatuh kedebuk ke lantai macam tu, tak terhingin la pula nak gantung balik. Aku tilik-tilik himpunan keinginan nafsu yang aku catat dalam kertas tu..

1. nak henpon baru. mesti smartfon. tak boleh tidak. dunia semua ni.
2. nak kereta sebiji. tak nak local punya. dunia lagi.
3. nak kahwin dengan anak raja. tipu. 
4. nak pergi umrah. 
5. nak pergi haji.
6. nak tua dengan penuh gojes.

Aku pun tak tahu kenapa wishlist aku pun senget macam aku  -.-

Alhamdulillah. Segala keinginan dunia dah tercapai rupanya. Tak sampai setahun sempat berangan2, dah dapat. Rezeki Allah. Tinggal yang akhirat je lah tak capai-capai lagi. Satu lagi kahwin. Tahun depan nak kahwin. Yang mana single angkat tangan. Akhir tahun ni aku pergi pinang. Serius.

Macam desperate bukan..?

Aku pun tak tahu macam mana cita-cita azali aku yang ingin jadi penari bertukar menjadi suri rumah yang akhirnya membawa aku jadi seorang kaunselor sekolah. Jauh menyimpang. Alhamdulillah.

Makin melalut.
Sekian.


Sunday, 13 January 2013

tak letak tajuk bole?

Assalamualaikum...~

Semalam aku cuti. Hari ni pun aku cuti. Dan dengan bangga aku nak umum yang esok pun aku cuti. Sengaja aku umum kat sini pada baris pertama lagi supaya ramai yang mampu jeles walaupun mampu baca post ni takat baris pertama jer. Jahat..? Bukan laa.. Nakal..~

Ala comei. comei. Nak kicap..?

Oh ye. Perhatian kepada Encik Yam atau nama glemer dia Ym.Bundle, aku adalah seorang guru ye. Walaupun nampak macam tak berapa nak gurukul tapi aku memang seorang guru bimbingan kaunseling atau dalam bahasa mudah nak faham orang sebut a counselor. Justeru, aku akan selalu guna ayat "nak pergi sekolah". Tolong la jangan fikir aku adalah calon SPM ulangan yang tak lulus-lulus. Aku nak g sekolah tu maksudnya aku nak pergi kerja lah. Okay bro...? 

Bangga tak dapat satu perenggan dalam post aku...? 
Nak tuju lagu..?  (^.^)y

Mata berketumbit aku belum elok. Ubat dah habis dah. Macam mane tu..? Perlu ke aku pergi klinik lagi ambil ubat atau nak biar ketumbit tu hilang sendiri..? Ada tak petua tradisional..? Serius ketumbit ni gatal tapi okay la, Allah nak bagi pahala tu. Alhamdulillah, Tapi yang tak okay nyer, aku ni asyik jadi bahan jer dengan budak-budak ni. Semua tuduh aku ngintai warden lelaki rumah sebelah mandi..(--").  

Tapi aku nak mengaku, aku sebenarnya banyak kali jugak lah TERtengok budak-budak aspura dalam keadaan yang memang minta bunuh diri kalau tengok (@.@). Memang aku tak sengaja. Ada kaitan ke insiden macam tu dengan ketumbit aku..? Macam khurafat jer nak percaya.

Nak buat macam mana, dah aku warden. Paling kerap TERtengok time aku jaga SPM hari tu. Sebab tempat letak soalan SPM tu dekat 40 minit jugak dari asrama ni, pukul 6 pagi aku dah kena keluar dah. Timing cantik pula, kebetulan dengan budak-budak aspura baru nak mandi kan. Dengan bilik airnya tak berpintu. Memang haruslah aku menyaksikan babak-babak ngeri sebegitu kan. Walaupun sekilas pandang, aku bersumpah memang ngeri.

Babak tu lagi ngeri daripada babak Minyak Dagu.




Aku baru tengok semalam. Tak best. Tu jer yang aku boleh cakap. Aku menilai dengan jujur ni. Kalau best pun sebab Fizo dengan Feroz Khan tu hensem jer. Setiap kali keluar babak diorang, aku pun respon.."hensemnyer.." Aku tahu komen mcm tu tak sesuai ketika menonton filem seram tapi dah tu jer input yang aku dapat sepanjang 2 jam tu.. Serius. memang HENSEM. Sekian. Rugi rm11.00.

Tu cerita semalam. Cerita hari ni berkisar atas lantai mozek rumah beberapa inci ni jer. Tak kemana-mana pun. Bangun pun dah dekat tengah hari. Tu pun sebab kawan aku mesej suh bangun mandi. Baik kan..? So bangun mandi, tengok Jalan-Jalan Cari Makan, Melodi, Nona, solat, makan nasi, lipat kain, on9. Lepas ni belum fikir lagi nak buat apa. Cuti sangat..~

Esok sehari lagi cuti. Pun belum fikir nak buat apa. Eh, sungguh tak ada isi kan post aku ni. Tapi rasanya post lain pun sama gak kan..? hahaha.. Ok. Chow..~

Assalamualaikum...!




Thursday, 10 January 2013

kerja dan mata saling berkait sebenarnya

Assalamualaikum....~

Uhuk. Uhuk. I got sore eyes and doctor gimme 1 day mc. Uhuk. Uhuk. Why i just got 1 day not 5 days like that cute lil girl. Why doktor..? Why..? 

"Because yours are ketumbit...!"
 
Tak gojes kan..? Ketumbit. Nak minta mc banyak-banyak macam tak perlu sebab walaupun rupa sekarang nampak buruk tapi tangan kaki badan perut dan hempedu sangat sihat jua boleh bekerja dengan jayanya. No need 5 days mc  -.-

Semalam seharian aku menghabiskan masa bergolek atas katil. Guling sana. Guling sini. Tak sangka rupa-rupanya ada juga cuti yang memboringkan. Nama je cuti, tapi setiap 40 minit dengar loceng sekolah. Bunyi jer loceng kul10.40pg, aku cari makanan kat dapur, dah sama dah kaedahnya dengan budak-budak sekolah. Rehat sama-sama kitorang. Patut la warden asrama jarang cuti. Sebab akibat macam ni la gamaknya. Aku la warden asrama tu..  -.-

Pagi tadi bangun tidur tu tengok mata macam bola pingpong. Terfikir nak ambil cuti rehat rini, terfikir-fikir tu pulak time solat subuh. Benci betul. Kurang kusyuk dah jadinya. -.-  Tapi selepas termenung dalam 10 minit, aku rasa macam tak guna jugak nak berguling sana sini macam semalam. Baik pergi kerja.

Selepas 2 3 kali berfikir-fikir, aku di sekolah sekarang sedang tunggu loceng balik. Bermakna tak aku datang kerja hari ni..?  -.-



Monday, 7 January 2013

dah tahun 2013..? tipu..~

Assalamualaikum..~

Melampau tak kalau aku cakap aku baru sedar tahun dah bertukar..? 2013 sudah. Rasa macam esok je dah nak tahun 2020. Eh.. memang dah tak lama la tahun 2020 tu. Sedarlah..~

Entry time ofis hour macam ni tak perlulah nak bersemangat waja taip panjang-panjang.
Nak curi tulang tu berpada-pada.

2013. Umur aku naik lagi setahun. Perasaan..? Gelabah ada. Teruja ada. Tak ada perasaan pun ada. Mix and blend well. Gapo dio aku ngarut nih..? -.-

Bercakap pasal azam 2013, aku dah senarai pendekkan benda yang fikir dan rasa perlu dalam hidup aku. Ada member aku cakap, tak payah nak berazam sangat lah. Tiap-tiap tahun menghangatkan tahi ayam, masuk bulan Februari pastu basi jugak tahi ayam tu. Kering. Melekat. Tunggu di panaskan tahun depannya pula. 

Aku yang cakap macam tu. Kawan aku cakap benda yang bermaksud macam tu tapi ayat dia tak puitis, jua tak gramatis. Jadi aku kasi tukar sikit jadi ayat yang ummpphh tanpa mengubah maksud asal. Tak sia-sia cikgu BM bagi A bintang masa sekolah dulu. Sambung cerita.

Walaupun aku agak terpengaruh jugak dengan kawan aku tu, tapi jauh di susdut hati, aku tetap rasa azam baru di awal tahun baru itu adalah sesuatu yang wajar. Cewahh. Iye.. Sangat wajar sebab sepanjang perjalanan hidup kita kat dunia ni, pasti kita akan cari titik-titik penting yang membolehkan kita mengubah atau memperbaharui sesuatu. 

Tak faham...?
Sila hubungi cikgu BM aku.

Ada juga kawan FB aku yang lebih lantang. Katanya apekejadah mahu sambut tahun baru. Kita orang Islam. Kita ada bulan kita. Kita ada tahun kita. Kenapa susah-susah, megah-megah, beria-ria nak sambut tahun baru omputih.

Ok. Itu pun ayat aku lagi. 
Maaf. Kawan-kawan aku bukan jenis A bintang BM diorang. Sambung cerita.

Ye. Aku faham. Memang tak ada gunanya sambut tahun omputih ni. Kita ada tahun kita. Kita ada kalendar hijrah kita. Tapi.. Apa tapi-tapi..? Tapi masalahnya kerajaan Malaysia dah cakap, gaji bulan ni 23hb Januari 2013. Haruslah aku ke ATM 23hb Januari sebab aku belum tengok kalendar hijrahnya berapa haribulan. Kerajaan pun tak cakap 23hb tu bersamaan berapa berapa.

Maksud aku kat sini, adil la beb. Tengok dulu keadaannya. Tengok aku ni. Tahun baru 2013 aku dah selamat sampai ke sekolah untuk mengurus pelajar-pelajar asrama dan tingkatan 1. Memang kalau aku berniat nak berdangdut gerudi sambil main mercun di antara dua KLCC tu pun memang aku tak mampu sebab aku ada azam aku, aku tahu halal dan haramnya. So stop fikir yang bukan-bukan bila aku keluarkan status or tweet yang ada unsur azam ala kazam ni.

Kalau nak marah dengan MELAYU ISLAM yang sibuk berparti sakan di malam tahun baru tu, bereh. Ajak aku sekali. Aku on.

Faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni..?
Tolong la faham. Memalukan jer update entry tahun baru pada 8hb.

Malu aku.
Babai.


Wednesday, 19 December 2012

cerita yang tak penting

Assalamualaikum...~

Walaupun cuti sekolah sepanjang hari, namun nak update blog hari-hari tetap tak mampu aku laksanakan. Lagi banyak cuti lagi banyak masa terluang yang aku nak luangkan tanpa berbuat apa-apa. Letak tangan atas kepala, mulut terlopong. Seriously tak nak buat apa-apa. Ini barulah betul-betul cuti.. (~.^)y


Ingatkan minggu ni berjaya tidur berpeluk dengan kereta. Haih. Gagal lagi. Encik Mitsubishi tu cakap aku perlu menunggu lagi seminggu. Sampai hati. Berpeluh ketiak aku keliling bandar kota bharu, campur tolak jem musim cuti sekolah, hujan renyai-renyai, sampai-sampai encik tu keluar lunch, kerani dia ambil duit aku, bagi resit seraya berkata, "lagi seminggu yer cik". 


Haih. 
Sabar itu pada aku lebih daripada separuh iman, aku perlu gandakan lagi menjadi 3 per 4...~ Fine. Tak kisah la, janji aku dah setelkan semua urusan yang perlu aku setelkan, tinggal minta hati dan nafsu bertenang dan sabar menunggu saja lah. 


Oh yer...! 
Tak adanya aku beli Mitsubishi Lancer yer En. Nick Nashram, kaya bebenau ah kalau mampu..:D Aku booked Mitsubishi Mirage sahaja, harga sebanding myvi walaupun bunyi name macam sushi munshi. :)


Alang-alang hari tu aku dah ke KB, aku paksa kakak aku VIPkan aku untuk buat ic baru. Adik aku cakap ic dia siap dalam masa 10 minit jer, guna lane VIP katanya. Memang aku dengki seraya tak percayalah. Kawan aku cakap dia siap kene tunggu seminggu demi mendapatkan ic baru yang sekeping cuma itu. Kakak aku kerja kat pejabat pendaftaran kan, sangat tidak murni la kalau dia tak nak tolong aku. So dia anggukkan aje lah.


tadaaa...~






Nampak tak betapa putihnya aku..? :D  Masa mula-mula aku tengok ic ni, rasa macam nak gelak sampai terbalik ke belakang. Penipu betul la. -.-  Kalau nak dibanding dengan ic lama, gambar time titew titew dulu tu, haruslah rasa macam perlu hantuk dahi ke dinding.


ni haaa...~






Kan...? Pengsan...~


Tapi betul la, memang cuma 10 minit. Watdehel member aku ada yang sampai sebulan...? Kesian.





Sunday, 16 December 2012

beli kereta tak sama macam beli baju on9

Assalamualaikum...~

Bengang jugak rasanya menunggu kereta yang tak sampai-sampai ni. Janji lulus loan 3 hari then terus boleh sign agreement. Ni dah dekat seminggu setengah, diam jer semua. Rupanya macam ni adegan membeli kereta. Aku ingat pergi kedai, tunjuk yang mana berkenan terus dapat.. -.-

Dari minggu lepas mak aku bising suruh aku call orang kereta tu. Tapi aku macam segan la pulak. Dah la aku ni zero pengetahuan am pasal beli kereta ni, karang telefon kang tak tahu nak tanya apa pulak kan. Tapi dek kerana suara mak aku lebih lantang dari keseganan aku nak call tu, aku akhirnya berjaya jugak menekan button call  (~.^)y

Bermula dengan sapaan hello bergetar-getar, alhamdulillah berjaya jugak aku bersoal-jawab. Kagum kejap. Tapi mak aku langsung tak tepuk tangan. Huh..~ Kata encik mitsubishi tu, esok boleh pergi sign agreement tapi tunggu dia call dulu. Kite tengok la esok dia call ke tak..

Oh. Aku terbeli baju on9 lagi. Dalam isu baju on9, aku memang tak boleh nak dipersalahkan sebab adegannya semudah A B C. 

A = Argggghh..! cantiknya baju itu.
B = Beli yuk..!
C = Cik, baju dah sampai..~

Kan..? Mana mungkin aku mampu menolak dugaan dunia yang sungguh mencabar macam tu. Jadi haruslah beli dengan senang hati.. ^^

Kesimpulannya, beli baju on9 dan beli kereta 98% tak sama. 
2% jer sama, dua-dua makan duit aku.

 



Tuesday, 11 December 2012

aku nak membujang dengan gembira

Assalamualaikum...~

Minggu ni saja dah sejuta orang suruh aku kahwin. 
Tu belum total dengan yang minggu lepas punya.

Aku mula dengan kisah orang yang ke sejuta.
Sepupu mak aku.

Hari ni sepupu mak aku datang ke rumah. Sebagai gadis melayu yang baik, aku segera ke dapur membancuh air. Syukur dia datang pukul 10 pagi, tepat masanya. Aku baru 15 minit bercerai dari katil, mandi pun belum, baru basuh muka jer sebab negara aku sejuk. Pukul 9.45 pagi salji masih tebal. Jangan tak percaya.

Sedara mak aku ni sangat baik orangnya, sentiasa konsisten mengambil berat akan kesejahteraan hidup aku. Tiap kali aku balik kampung pasti datang bertanya khabar. Seronok rasanya, paling best tiap tahun dia gubal soalan sama.

        Soalan 1 : apa khabar...? 
        Soalan 2 : bila nak kahwin..?

Itu orang yang ke sejuta. Yang ke 999 999 adalah kawan sekampus aku dulu. Baru jer kahwin beberapa bulan, tengok gaya status di FB seperti masih dalam mode bulan madu. Jadi cara dia tanya aku pun lain sikit la nadanya..

    "Ko nak tunggu pilot ker.. ker abang doktor..?"

Mula-mula aku dengar soalan tu, terfikir juga nak jawab dengan kaki tapi memandangkan sahabat aku ni baik dan  tak patut menggunakan keganasan dalam kehidupan seharian, aku jawab dengan lawak-lawak bodoh ajer lah. Tiada yang terbunuh dalam adegan ini.

Cukuplah dua jenis soalan jer aku cerita. Banyak nanti kan macam ulang cerita yang sama pulak kan. Aku cuma nak respon sikit lah. Nak backup diri biar nampak baik sikit. Sejuta juga yang syak mata aku diperbuat daripada diut-duitan ni. 

Kawanku, 
Aku bukanlah nak memilih sangat pun. Pilot ker, doktor ke, duda ker, pas kahwin nanti semuanya bakal jadi boroi macam bapak-bapak kita jugak. Kalau kaya pun nanti balik kerja dia bawak balik beras dengan lauk jugak. Tak mungkin dia pergi pasar pagi-pagi cari sirip ikan yu untuk kita singgang. Jadi tak payahlah nak syak aku tunggu yang bekerjaya secemerlang itu. Kalau yer pun aku memilih, lebuh detail aspek yang aku tengok. Aku cerita kang terngaga pulak nanti.

Tadi time aku tengah potong bawang, aku tanya mak aku dengan soalan bajet aku gadis rebutan. Aku siap bagi soalan aneka pilihan lagi.

        "Ma.. ma nak sape jadi menantu ma..?"
                 a) kapten tentera laut
                 b) cikgu
                 c) inspektor polis
                 d) kerani pejabat

Mak aku tanpa tengok muka aku, tanpa berfikir, terus jawab.. "istikarah"

Bila lawak kita dibalas dengan elemen keagamaan, terus speechless. Spoil elemen lawak aku. Nak gelak macam tak sesuai. Nak diam macam pelik. Eh canggung la. Mak aku memang suka mengilmiahkan lawak aku.

Wahai kawan, sedara, muslimin dan muslimat,
Bila tiba saatnya aku kahwin, insyaALLAH kahwin lah aku. Boleh tak jangan tanya aku tiap-tiap bulan, spoil mood aku nak membelanjakan duit gaji dengan penuh nafsu akibat terkesan dengan soalan korang. Aku bukan tolak jodoh, cuma jodoh belum datang. Biarlah aku membujang dengan gembiranya time aku bujang ni. Aku baru 6 bulan jadi cikgu. Masih mabuk gaji lagi..

Kalau nak sangat aku kahwin, doakan aku cepat jodoh ^^



Sunday, 9 December 2012

tak lawak adalah kezaliman


Aku kesian betul la tengok kisah lawak yang tak menjadi ni. Rasa macam seakan-akan menyembam muka ke lantai mozek dapur.  =.=

Da Di Du.
Pi Mai.

Ini adalah kezaliman.
Sebab meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.

Contoh..?
Letak anak dalam tong sampah. Zalim.
Letak baju kotor dalam peti ais. Zalim. Jua gila.

Faham maksud zalim yang cuba aku maksudkan..?

Meletakkan Da Di Du dalam Maharaja Lawak Mega.
Zalim.



Saturday, 8 December 2012

kenapa tak tanya kenapa

Assalamualaikum..~

Walaupun korang tak tertanya-tanya, tapi biarlah aku bayangkan yang korang sebenarnya nak tanya tapi segan untuk bertanya.

Biar. Biar aku bayangkan macam tu.
Tolong jangan spoil kan imiginasi aku. 

Kenapa aku delete blog lama..?
Kenapa aku buat blog baru..?

Baik. Aku jawab.

Aku delete blog lama sebab ada kisah tragik yang berlaku tapi alhamdulillah tak masuk surat khabar. Haih. Sebelum ni aku fikir dah aku ni tuan tanah, sukahati-sanubari aku lah nak meluah perasaan kat situ, tapi rupa-rupanya tuan tanah pun sebenarnya perlu fikir nak tanam apa kat tanah dia. Tak boleh sesuka hati tanam bendi jika permintaan terhadap terung adalah lebih tinggi.

Tak faham la tu.
Biarlah aku berterus-terang. Geli pula nak bermadah bagai ni. 

Baru aku sedar rupa-rupanya, masyaALLAH, ada insan terluka dengan post aku. Macam tak berapa nak comel la pulak bermain dengan isu luka-melukai ni, dah tentu-tentu aku bukan nurse kan. Bukan kerjaan aku nak cuci cuci luka orang. Eleh.. aku baru luah sikit isi hati kat blog, dah ada status-status persis macam nak terjun bangunan kat FB nun sana.

Tanjat gegel...~

Aku nak luah perasaan sikit je. Takkan la semua benda aku nak luah kat mak aku. Mau sarat mak aku nak tanggung masalah aku lagi, masalah dia lagi, isu minyak masak lagi, kes buang bayi, kekejaman di gaza dan sebagainya. Kesian mak aku.

Aku faham. Sejujurnya aku faham memang perit baca kisah pasal diri sendiri kat blog orang walaupun nama kita Faizal Tahir tapi di"nickname"kan sebagai Polan Mas'ud, pedih tetap pedih sebab benda yang diperkatakan tu adalah pasal kita. Yer. Aku sangat faham. Oleh sebab faham la aku ambil keputusan untuk menghapuskan jejak p.l.e.i.a.d.e.s. No more p.l.e.i.a.d.e.s. Already deleted.

Puas hati kan...?

Tapi kau tak tahu betapa terluka nya hatiku selepas deleted p.l.e.i.a.d.e.s.. Rasa macam separuh sejarah dan kronologi hidup aku dipadam dari alam semesta. Haa.. nampak tak kesengsaraan aku tu..? Lagi sengsara bila tengok link blog tu still ada kat bloglist blogger lain. Oh. Pedih..~

So, kenapa buat blog baru lagi..?
Tanya aku pada diri aku.

Aku tahu sejarah mungkin berulang, Tomok pernah nyanyikan secara sengau suatu masa dulu pasal benda ni. Bila ada blog baru dah tentu aku akan mengumpat di tempat baru dengan gaya yang sama kan..? Aku tau kemungkinan tu. Justeru, aku awal-awal lagi dah ambil langkah berlaga-laga berjaga-jaga. 

Kononnya mula-mula create blog ni aku nak hide identiti aku, menjadi blogger yang ala-ala perempuan misteri gitu. Tapi bila fikir-fikir balik macam geli la pula nak main sembunyi-sembunyi di kala usia meningkat ini. Lagipun, dah lama-lama nanti dah tentu-tentu aku akan cerita juga pasal diri aku kan. Buat malu jer main misteri-misteri tetiba cakap, "hai.. my name is khan. Dah hilang misteri. 

Emm. tak jadi strategi tu. Aku tukar plan. Aku akan hide kan blog ni untuk beberapa individu yang senang terluka. Yer.. korang golongan VIP yang berjiwa lembut tu haruslah tidak tahu pasal aku di sini. Tak mungkin nama Suri Sasau itu menggambarkan aku kan..? 

<gelak jahat berulang kali>

Setel satu kes. Tapi ada kes lain. Tapi aku dah malas nak taip. Haruslah malas bila jam dah tepat jam 3.30 pagi. Macam sangat tiada kerja berfaedah nak dibuat dengan tidak tidur sraya duduk mengadap laptop dikala insan-insan cemerlang di sisi Allah sudah sedia bangun untuk bertahajjud. Astaghfirullah.

Ayuh tidur.




Sunday, 2 December 2012

malam kedua tak tidur aku

Assalamualaikum...~

Malam ni adalah malam kedua aku malas nak tidur. Semalam malas-malas pun akhirnya aku mendapat hidayah jua untuk tidur pada jam 5 pagi. Alhamdulillah...~

Oh pelis...~
Jangan nak persoalkan isu subuh aku. Bendera jepun berkibar.

Eh. perlu ke dengan kurang malunyer mengumumkan tarikh period aku pada masyarakat awam..? -.- Tolong padam ingatan pada perenggan di atas.

Sudah padam..?

Sekarang tolong baca status di bawah ni.

Sisters,

Do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie’s marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man?

Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your ‘surat-buat-calon-suami’ entries or your ‘menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat’ status?

No.

Dua kali baca status tu, dua kali sentap. Jadi aku batalkan niat untuk baca kali ketiga. Takut tetiba strok. Bahaya.

Jarang aku nampak status macam ni daripada mamat tu. Shock la pula guwe. Biasa aku tengok status dia ala-ala sweet gitu. Justeru, tiap kali aku baca haruslah aku tersenyum seorang diri seraya menekan punat like sambil memintal-mintal bucu hujung rambut. 

Oh lupa nak cakap. Mamat di sini bukanlah bermaksud mamat sepah. Bukan. Jangan sesekali bayangkan dia. Jangan buat aku menyesal kerana memilih nickname mamat untuk post ini. 

Mamat yang aku maksudkan haruslah seorang jejaka yang menjadi idaman qalbu aku. Haruslah aku bercerita pasal dia kerana aku mengidam dia. Tapi sudah tentu dia tak mengidam aku. 

Tak payah kejam sangat nak tanya kenapa, mengapa dan why why west dia tak mengidam aku.

Jadi apa pendapat mung mung sekalian..?
Betul tak status tu...?

Aku setuju sangat. Aku selalu rasa annoy juga dengan pattern gegel yang suka share pasal benda-benda macam ni pada hakikatnya DP berkembar siang sambil muka icon itik bersama pasangan yang belum disahkan halal. macam tak bermakna pulak baca status pasal benda2 baik tapi gambar kat kotak kecil kelihatan besar maksiatnya.

Eh, melalut. Maksud aku sikit jer. Aku setuju dengan status itu tapi dek kerana aku terlampau suka kat mamat ni, maka tiap kali aku nak komen sudah semestinya kepala otak aku teibe jer jadi jem, stuck, blur, heart attack. Agak melampau bunyinya kan..? 

Bila dah kepala jem tapi hati still cakap "do something", jadi penyelesaian terbaik adalah likes. Ya. Ya. Ya. Likes sahaja lah. Tunjuk minat kata Fadzilah Kamsah. 

 

Saturday, 1 December 2012

entry ini mengandungi informasi

Assalamualaikum....~
 
Aku teruja sampai tak boleh tidur sebab malaysia menang 2-0. Walaupun aku tak main dalam game tu, dan tak juga menghadirkan diri ke stadium untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, malah tidak jua memakai jersi malaysia.. tapi kau tak tahu sebenarnya aku lebih gembira daripada K.Rajagopal atas kemenangan ini. Tak percaya tanya Rajagopal sendiri.
 
Akibat terlalu teruja sebab malaysia menang sedangkan aku ramal kalah, aku rasa malas nak tidur. Jarang-jarang kita dengar manusia dalam dunia ni malas nak tidur. Jenis yang malas mengaji Quran memang senang nak cari. Datang rumah aku pun boleh jumpa sorang yang berperangai tak senonoh macam tu.
 
Alang-alang dah malas tidur ni, sedang eloklah aku menaip di sini. Faham-faham je lah kan. Sejak-sejak blog baru ni aku jadi malas la pulak nak menaip. Rasa macam syok sendiri pun ada. Almaklum la.. word "be the first" pun terpampang lagi kat bahagian follower tuh. =.=
 
Mari dengar kisah aku dengan kereta aku yang belum jadi kereta aku. 
 
Boleh kata sebelum ni jiwa aku dah spera macam bumi dah nak beli Suzuki Swift setelah terpengaruh dengan gaya cool anak taukey keropok lekor kampung aku yang memandu swift biru mettalic ke hulur ke hilir dalam kampung. Serius aku terpikat dengan kereta dia yang sekali gus membawa kesan yang lebih besar iaitu menyebabkan hati aku mengatakan yang dia juga handsome.
 
"Swift..! Swift..!" kata aku dalam hati.  
 
Tapi macam yang zamani sangka, panas berpanjang, rupanya gerimis, rupanya gerimis, mengundang, a, a, a, a.. Hari ni dunia dah berubah jadi marikh. Aku dah selamat booked Mitsubishi Mirage warna silver. =.= 
 
Aku sedang menampar diri sendiri.
Betul ke aku nak Mirage tu..? Betul ke aku tak nak Swift..? 

Akibat terlalu dilema, aku terus send message pada seorang lelaki ni. Aku terjumpa blog dia, so alang-alang dah ada alamat emel tu why not try send him an email. Tanya la apa yang patut. Minta pedoman sedas dua

Alhamdulillah si Simon reply email aku. 

Aku share la sikit pedoman yang aku dapat daripada si Simon ni. Biasa la, orang yang baik macam aku memang macam ni la. Suka menolong orang. *lawak ni..*

Aku tak nak share email yang aku send sebab aku yakin grammar english aku tu boleh menyebabkan teacher tingkatan 5 aku dulu bersara serta-merta akibat ragu dengan keberkesanan P&P beliau. 

Aku bagi korang baca email yang si Simon reply.
 
 
Hi,
First of all, thanks for visiting my blog :) No problem coz that is what my blog is for, to share stuff about cars and help people in dilemma haha! 
Between Mirage and Swift, it depends on how much is your budget and preference. For Mirage the cheapest is around RM56k while the most expensive is around RM64k, which you can get the cheapest Swift at RM65k. 
I never driven a Swift before, only having a ride in the passenger seat. I would say Mirage is more to a relax driving style due to its smaller 1.2 litres engine, power not that great but in return, you get very good fuel consumption figure. Swift, on the other hand, comes with a 1.5 litres engine and is more powerful, more comfortable, more stable and have better built quality than Mirage. For me, if I have the extra money, I would go for Swift. 
But Swift also has its downsides: Smaller rear seat space and I'm worried that the current Swift in Malaysia will be replaced by a new Swift model that is already launched in other countries for quite some time already. 

I hope this help! Any more question feel free to send an e-mail. And if you don't mind, send me an email to tell me which car you have decided after you booked the car ya :)

Best regards,
Simon Har

 
Aku harap korang pun turut terpedoman samalah dengan hasil perkongsian aku ini. Jangan cuba buat entry tak-tidur-malam aku ini sia-sia.