Wednesday 19 December 2012

cerita yang tak penting

Assalamualaikum...~

Walaupun cuti sekolah sepanjang hari, namun nak update blog hari-hari tetap tak mampu aku laksanakan. Lagi banyak cuti lagi banyak masa terluang yang aku nak luangkan tanpa berbuat apa-apa. Letak tangan atas kepala, mulut terlopong. Seriously tak nak buat apa-apa. Ini barulah betul-betul cuti.. (~.^)y


Ingatkan minggu ni berjaya tidur berpeluk dengan kereta. Haih. Gagal lagi. Encik Mitsubishi tu cakap aku perlu menunggu lagi seminggu. Sampai hati. Berpeluh ketiak aku keliling bandar kota bharu, campur tolak jem musim cuti sekolah, hujan renyai-renyai, sampai-sampai encik tu keluar lunch, kerani dia ambil duit aku, bagi resit seraya berkata, "lagi seminggu yer cik". 


Haih. 
Sabar itu pada aku lebih daripada separuh iman, aku perlu gandakan lagi menjadi 3 per 4...~ Fine. Tak kisah la, janji aku dah setelkan semua urusan yang perlu aku setelkan, tinggal minta hati dan nafsu bertenang dan sabar menunggu saja lah. 


Oh yer...! 
Tak adanya aku beli Mitsubishi Lancer yer En. Nick Nashram, kaya bebenau ah kalau mampu..:D Aku booked Mitsubishi Mirage sahaja, harga sebanding myvi walaupun bunyi name macam sushi munshi. :)


Alang-alang hari tu aku dah ke KB, aku paksa kakak aku VIPkan aku untuk buat ic baru. Adik aku cakap ic dia siap dalam masa 10 minit jer, guna lane VIP katanya. Memang aku dengki seraya tak percayalah. Kawan aku cakap dia siap kene tunggu seminggu demi mendapatkan ic baru yang sekeping cuma itu. Kakak aku kerja kat pejabat pendaftaran kan, sangat tidak murni la kalau dia tak nak tolong aku. So dia anggukkan aje lah.


tadaaa...~






Nampak tak betapa putihnya aku..? :D  Masa mula-mula aku tengok ic ni, rasa macam nak gelak sampai terbalik ke belakang. Penipu betul la. -.-  Kalau nak dibanding dengan ic lama, gambar time titew titew dulu tu, haruslah rasa macam perlu hantuk dahi ke dinding.


ni haaa...~






Kan...? Pengsan...~


Tapi betul la, memang cuma 10 minit. Watdehel member aku ada yang sampai sebulan...? Kesian.





5 comments:

ewanthology said...

certain tempat je cepat siap... Saya tukar IC baru kena tunggu 2 minggu baru siap.

Ym.Bundle said...

perghh Mitsubishi Mirage beb..pilihan bijak tu..harga lebih kurang kete tempatan gak..btw ko dah mengingatkan aku pasal nak tukar mykad..haha..dah lama ic aku patah3..

faraherda.razalan said...

IC sy lagi kelaka. Kwn sy kata, sy mcm org myanmar. Sadis...

dekdaa said...

hahahah beza sungguh.. kalau jd artis.. mesti dlm majalah tu kata "teka siapa zaman muda & sekarang" :P

Unknown said...

btw.. mimi xtukar2 IC ag.. hahah.. ag dahsat..

eh sist, i dh follow blog u taw!! follow meeee =D