Sunday 13 January 2013

tak letak tajuk bole?

Assalamualaikum...~

Semalam aku cuti. Hari ni pun aku cuti. Dan dengan bangga aku nak umum yang esok pun aku cuti. Sengaja aku umum kat sini pada baris pertama lagi supaya ramai yang mampu jeles walaupun mampu baca post ni takat baris pertama jer. Jahat..? Bukan laa.. Nakal..~

Ala comei. comei. Nak kicap..?

Oh ye. Perhatian kepada Encik Yam atau nama glemer dia Ym.Bundle, aku adalah seorang guru ye. Walaupun nampak macam tak berapa nak gurukul tapi aku memang seorang guru bimbingan kaunseling atau dalam bahasa mudah nak faham orang sebut a counselor. Justeru, aku akan selalu guna ayat "nak pergi sekolah". Tolong la jangan fikir aku adalah calon SPM ulangan yang tak lulus-lulus. Aku nak g sekolah tu maksudnya aku nak pergi kerja lah. Okay bro...? 

Bangga tak dapat satu perenggan dalam post aku...? 
Nak tuju lagu..?  (^.^)y

Mata berketumbit aku belum elok. Ubat dah habis dah. Macam mane tu..? Perlu ke aku pergi klinik lagi ambil ubat atau nak biar ketumbit tu hilang sendiri..? Ada tak petua tradisional..? Serius ketumbit ni gatal tapi okay la, Allah nak bagi pahala tu. Alhamdulillah, Tapi yang tak okay nyer, aku ni asyik jadi bahan jer dengan budak-budak ni. Semua tuduh aku ngintai warden lelaki rumah sebelah mandi..(--").  

Tapi aku nak mengaku, aku sebenarnya banyak kali jugak lah TERtengok budak-budak aspura dalam keadaan yang memang minta bunuh diri kalau tengok (@.@). Memang aku tak sengaja. Ada kaitan ke insiden macam tu dengan ketumbit aku..? Macam khurafat jer nak percaya.

Nak buat macam mana, dah aku warden. Paling kerap TERtengok time aku jaga SPM hari tu. Sebab tempat letak soalan SPM tu dekat 40 minit jugak dari asrama ni, pukul 6 pagi aku dah kena keluar dah. Timing cantik pula, kebetulan dengan budak-budak aspura baru nak mandi kan. Dengan bilik airnya tak berpintu. Memang haruslah aku menyaksikan babak-babak ngeri sebegitu kan. Walaupun sekilas pandang, aku bersumpah memang ngeri.

Babak tu lagi ngeri daripada babak Minyak Dagu.




Aku baru tengok semalam. Tak best. Tu jer yang aku boleh cakap. Aku menilai dengan jujur ni. Kalau best pun sebab Fizo dengan Feroz Khan tu hensem jer. Setiap kali keluar babak diorang, aku pun respon.."hensemnyer.." Aku tahu komen mcm tu tak sesuai ketika menonton filem seram tapi dah tu jer input yang aku dapat sepanjang 2 jam tu.. Serius. memang HENSEM. Sekian. Rugi rm11.00.

Tu cerita semalam. Cerita hari ni berkisar atas lantai mozek rumah beberapa inci ni jer. Tak kemana-mana pun. Bangun pun dah dekat tengah hari. Tu pun sebab kawan aku mesej suh bangun mandi. Baik kan..? So bangun mandi, tengok Jalan-Jalan Cari Makan, Melodi, Nona, solat, makan nasi, lipat kain, on9. Lepas ni belum fikir lagi nak buat apa. Cuti sangat..~

Esok sehari lagi cuti. Pun belum fikir nak buat apa. Eh, sungguh tak ada isi kan post aku ni. Tapi rasanya post lain pun sama gak kan..? hahaha.. Ok. Chow..~

Assalamualaikum...!




Thursday 10 January 2013

kerja dan mata saling berkait sebenarnya

Assalamualaikum....~

Uhuk. Uhuk. I got sore eyes and doctor gimme 1 day mc. Uhuk. Uhuk. Why i just got 1 day not 5 days like that cute lil girl. Why doktor..? Why..? 

"Because yours are ketumbit...!"
 
Tak gojes kan..? Ketumbit. Nak minta mc banyak-banyak macam tak perlu sebab walaupun rupa sekarang nampak buruk tapi tangan kaki badan perut dan hempedu sangat sihat jua boleh bekerja dengan jayanya. No need 5 days mc  -.-

Semalam seharian aku menghabiskan masa bergolek atas katil. Guling sana. Guling sini. Tak sangka rupa-rupanya ada juga cuti yang memboringkan. Nama je cuti, tapi setiap 40 minit dengar loceng sekolah. Bunyi jer loceng kul10.40pg, aku cari makanan kat dapur, dah sama dah kaedahnya dengan budak-budak sekolah. Rehat sama-sama kitorang. Patut la warden asrama jarang cuti. Sebab akibat macam ni la gamaknya. Aku la warden asrama tu..  -.-

Pagi tadi bangun tidur tu tengok mata macam bola pingpong. Terfikir nak ambil cuti rehat rini, terfikir-fikir tu pulak time solat subuh. Benci betul. Kurang kusyuk dah jadinya. -.-  Tapi selepas termenung dalam 10 minit, aku rasa macam tak guna jugak nak berguling sana sini macam semalam. Baik pergi kerja.

Selepas 2 3 kali berfikir-fikir, aku di sekolah sekarang sedang tunggu loceng balik. Bermakna tak aku datang kerja hari ni..?  -.-



Monday 7 January 2013

dah tahun 2013..? tipu..~

Assalamualaikum..~

Melampau tak kalau aku cakap aku baru sedar tahun dah bertukar..? 2013 sudah. Rasa macam esok je dah nak tahun 2020. Eh.. memang dah tak lama la tahun 2020 tu. Sedarlah..~

Entry time ofis hour macam ni tak perlulah nak bersemangat waja taip panjang-panjang.
Nak curi tulang tu berpada-pada.

2013. Umur aku naik lagi setahun. Perasaan..? Gelabah ada. Teruja ada. Tak ada perasaan pun ada. Mix and blend well. Gapo dio aku ngarut nih..? -.-

Bercakap pasal azam 2013, aku dah senarai pendekkan benda yang fikir dan rasa perlu dalam hidup aku. Ada member aku cakap, tak payah nak berazam sangat lah. Tiap-tiap tahun menghangatkan tahi ayam, masuk bulan Februari pastu basi jugak tahi ayam tu. Kering. Melekat. Tunggu di panaskan tahun depannya pula. 

Aku yang cakap macam tu. Kawan aku cakap benda yang bermaksud macam tu tapi ayat dia tak puitis, jua tak gramatis. Jadi aku kasi tukar sikit jadi ayat yang ummpphh tanpa mengubah maksud asal. Tak sia-sia cikgu BM bagi A bintang masa sekolah dulu. Sambung cerita.

Walaupun aku agak terpengaruh jugak dengan kawan aku tu, tapi jauh di susdut hati, aku tetap rasa azam baru di awal tahun baru itu adalah sesuatu yang wajar. Cewahh. Iye.. Sangat wajar sebab sepanjang perjalanan hidup kita kat dunia ni, pasti kita akan cari titik-titik penting yang membolehkan kita mengubah atau memperbaharui sesuatu. 

Tak faham...?
Sila hubungi cikgu BM aku.

Ada juga kawan FB aku yang lebih lantang. Katanya apekejadah mahu sambut tahun baru. Kita orang Islam. Kita ada bulan kita. Kita ada tahun kita. Kenapa susah-susah, megah-megah, beria-ria nak sambut tahun baru omputih.

Ok. Itu pun ayat aku lagi. 
Maaf. Kawan-kawan aku bukan jenis A bintang BM diorang. Sambung cerita.

Ye. Aku faham. Memang tak ada gunanya sambut tahun omputih ni. Kita ada tahun kita. Kita ada kalendar hijrah kita. Tapi.. Apa tapi-tapi..? Tapi masalahnya kerajaan Malaysia dah cakap, gaji bulan ni 23hb Januari 2013. Haruslah aku ke ATM 23hb Januari sebab aku belum tengok kalendar hijrahnya berapa haribulan. Kerajaan pun tak cakap 23hb tu bersamaan berapa berapa.

Maksud aku kat sini, adil la beb. Tengok dulu keadaannya. Tengok aku ni. Tahun baru 2013 aku dah selamat sampai ke sekolah untuk mengurus pelajar-pelajar asrama dan tingkatan 1. Memang kalau aku berniat nak berdangdut gerudi sambil main mercun di antara dua KLCC tu pun memang aku tak mampu sebab aku ada azam aku, aku tahu halal dan haramnya. So stop fikir yang bukan-bukan bila aku keluarkan status or tweet yang ada unsur azam ala kazam ni.

Kalau nak marah dengan MELAYU ISLAM yang sibuk berparti sakan di malam tahun baru tu, bereh. Ajak aku sekali. Aku on.

Faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni..?
Tolong la faham. Memalukan jer update entry tahun baru pada 8hb.

Malu aku.
Babai.