Wednesday 19 December 2012

cerita yang tak penting

Assalamualaikum...~

Walaupun cuti sekolah sepanjang hari, namun nak update blog hari-hari tetap tak mampu aku laksanakan. Lagi banyak cuti lagi banyak masa terluang yang aku nak luangkan tanpa berbuat apa-apa. Letak tangan atas kepala, mulut terlopong. Seriously tak nak buat apa-apa. Ini barulah betul-betul cuti.. (~.^)y


Ingatkan minggu ni berjaya tidur berpeluk dengan kereta. Haih. Gagal lagi. Encik Mitsubishi tu cakap aku perlu menunggu lagi seminggu. Sampai hati. Berpeluh ketiak aku keliling bandar kota bharu, campur tolak jem musim cuti sekolah, hujan renyai-renyai, sampai-sampai encik tu keluar lunch, kerani dia ambil duit aku, bagi resit seraya berkata, "lagi seminggu yer cik". 


Haih. 
Sabar itu pada aku lebih daripada separuh iman, aku perlu gandakan lagi menjadi 3 per 4...~ Fine. Tak kisah la, janji aku dah setelkan semua urusan yang perlu aku setelkan, tinggal minta hati dan nafsu bertenang dan sabar menunggu saja lah. 


Oh yer...! 
Tak adanya aku beli Mitsubishi Lancer yer En. Nick Nashram, kaya bebenau ah kalau mampu..:D Aku booked Mitsubishi Mirage sahaja, harga sebanding myvi walaupun bunyi name macam sushi munshi. :)


Alang-alang hari tu aku dah ke KB, aku paksa kakak aku VIPkan aku untuk buat ic baru. Adik aku cakap ic dia siap dalam masa 10 minit jer, guna lane VIP katanya. Memang aku dengki seraya tak percayalah. Kawan aku cakap dia siap kene tunggu seminggu demi mendapatkan ic baru yang sekeping cuma itu. Kakak aku kerja kat pejabat pendaftaran kan, sangat tidak murni la kalau dia tak nak tolong aku. So dia anggukkan aje lah.


tadaaa...~






Nampak tak betapa putihnya aku..? :D  Masa mula-mula aku tengok ic ni, rasa macam nak gelak sampai terbalik ke belakang. Penipu betul la. -.-  Kalau nak dibanding dengan ic lama, gambar time titew titew dulu tu, haruslah rasa macam perlu hantuk dahi ke dinding.


ni haaa...~






Kan...? Pengsan...~


Tapi betul la, memang cuma 10 minit. Watdehel member aku ada yang sampai sebulan...? Kesian.





Sunday 16 December 2012

beli kereta tak sama macam beli baju on9

Assalamualaikum...~

Bengang jugak rasanya menunggu kereta yang tak sampai-sampai ni. Janji lulus loan 3 hari then terus boleh sign agreement. Ni dah dekat seminggu setengah, diam jer semua. Rupanya macam ni adegan membeli kereta. Aku ingat pergi kedai, tunjuk yang mana berkenan terus dapat.. -.-

Dari minggu lepas mak aku bising suruh aku call orang kereta tu. Tapi aku macam segan la pulak. Dah la aku ni zero pengetahuan am pasal beli kereta ni, karang telefon kang tak tahu nak tanya apa pulak kan. Tapi dek kerana suara mak aku lebih lantang dari keseganan aku nak call tu, aku akhirnya berjaya jugak menekan button call  (~.^)y

Bermula dengan sapaan hello bergetar-getar, alhamdulillah berjaya jugak aku bersoal-jawab. Kagum kejap. Tapi mak aku langsung tak tepuk tangan. Huh..~ Kata encik mitsubishi tu, esok boleh pergi sign agreement tapi tunggu dia call dulu. Kite tengok la esok dia call ke tak..

Oh. Aku terbeli baju on9 lagi. Dalam isu baju on9, aku memang tak boleh nak dipersalahkan sebab adegannya semudah A B C. 

A = Argggghh..! cantiknya baju itu.
B = Beli yuk..!
C = Cik, baju dah sampai..~

Kan..? Mana mungkin aku mampu menolak dugaan dunia yang sungguh mencabar macam tu. Jadi haruslah beli dengan senang hati.. ^^

Kesimpulannya, beli baju on9 dan beli kereta 98% tak sama. 
2% jer sama, dua-dua makan duit aku.

 



Tuesday 11 December 2012

aku nak membujang dengan gembira

Assalamualaikum...~

Minggu ni saja dah sejuta orang suruh aku kahwin. 
Tu belum total dengan yang minggu lepas punya.

Aku mula dengan kisah orang yang ke sejuta.
Sepupu mak aku.

Hari ni sepupu mak aku datang ke rumah. Sebagai gadis melayu yang baik, aku segera ke dapur membancuh air. Syukur dia datang pukul 10 pagi, tepat masanya. Aku baru 15 minit bercerai dari katil, mandi pun belum, baru basuh muka jer sebab negara aku sejuk. Pukul 9.45 pagi salji masih tebal. Jangan tak percaya.

Sedara mak aku ni sangat baik orangnya, sentiasa konsisten mengambil berat akan kesejahteraan hidup aku. Tiap kali aku balik kampung pasti datang bertanya khabar. Seronok rasanya, paling best tiap tahun dia gubal soalan sama.

        Soalan 1 : apa khabar...? 
        Soalan 2 : bila nak kahwin..?

Itu orang yang ke sejuta. Yang ke 999 999 adalah kawan sekampus aku dulu. Baru jer kahwin beberapa bulan, tengok gaya status di FB seperti masih dalam mode bulan madu. Jadi cara dia tanya aku pun lain sikit la nadanya..

    "Ko nak tunggu pilot ker.. ker abang doktor..?"

Mula-mula aku dengar soalan tu, terfikir juga nak jawab dengan kaki tapi memandangkan sahabat aku ni baik dan  tak patut menggunakan keganasan dalam kehidupan seharian, aku jawab dengan lawak-lawak bodoh ajer lah. Tiada yang terbunuh dalam adegan ini.

Cukuplah dua jenis soalan jer aku cerita. Banyak nanti kan macam ulang cerita yang sama pulak kan. Aku cuma nak respon sikit lah. Nak backup diri biar nampak baik sikit. Sejuta juga yang syak mata aku diperbuat daripada diut-duitan ni. 

Kawanku, 
Aku bukanlah nak memilih sangat pun. Pilot ker, doktor ke, duda ker, pas kahwin nanti semuanya bakal jadi boroi macam bapak-bapak kita jugak. Kalau kaya pun nanti balik kerja dia bawak balik beras dengan lauk jugak. Tak mungkin dia pergi pasar pagi-pagi cari sirip ikan yu untuk kita singgang. Jadi tak payahlah nak syak aku tunggu yang bekerjaya secemerlang itu. Kalau yer pun aku memilih, lebuh detail aspek yang aku tengok. Aku cerita kang terngaga pulak nanti.

Tadi time aku tengah potong bawang, aku tanya mak aku dengan soalan bajet aku gadis rebutan. Aku siap bagi soalan aneka pilihan lagi.

        "Ma.. ma nak sape jadi menantu ma..?"
                 a) kapten tentera laut
                 b) cikgu
                 c) inspektor polis
                 d) kerani pejabat

Mak aku tanpa tengok muka aku, tanpa berfikir, terus jawab.. "istikarah"

Bila lawak kita dibalas dengan elemen keagamaan, terus speechless. Spoil elemen lawak aku. Nak gelak macam tak sesuai. Nak diam macam pelik. Eh canggung la. Mak aku memang suka mengilmiahkan lawak aku.

Wahai kawan, sedara, muslimin dan muslimat,
Bila tiba saatnya aku kahwin, insyaALLAH kahwin lah aku. Boleh tak jangan tanya aku tiap-tiap bulan, spoil mood aku nak membelanjakan duit gaji dengan penuh nafsu akibat terkesan dengan soalan korang. Aku bukan tolak jodoh, cuma jodoh belum datang. Biarlah aku membujang dengan gembiranya time aku bujang ni. Aku baru 6 bulan jadi cikgu. Masih mabuk gaji lagi..

Kalau nak sangat aku kahwin, doakan aku cepat jodoh ^^



Sunday 9 December 2012

tak lawak adalah kezaliman


Aku kesian betul la tengok kisah lawak yang tak menjadi ni. Rasa macam seakan-akan menyembam muka ke lantai mozek dapur.  =.=

Da Di Du.
Pi Mai.

Ini adalah kezaliman.
Sebab meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.

Contoh..?
Letak anak dalam tong sampah. Zalim.
Letak baju kotor dalam peti ais. Zalim. Jua gila.

Faham maksud zalim yang cuba aku maksudkan..?

Meletakkan Da Di Du dalam Maharaja Lawak Mega.
Zalim.



Saturday 8 December 2012

kenapa tak tanya kenapa

Assalamualaikum..~

Walaupun korang tak tertanya-tanya, tapi biarlah aku bayangkan yang korang sebenarnya nak tanya tapi segan untuk bertanya.

Biar. Biar aku bayangkan macam tu.
Tolong jangan spoil kan imiginasi aku. 

Kenapa aku delete blog lama..?
Kenapa aku buat blog baru..?

Baik. Aku jawab.

Aku delete blog lama sebab ada kisah tragik yang berlaku tapi alhamdulillah tak masuk surat khabar. Haih. Sebelum ni aku fikir dah aku ni tuan tanah, sukahati-sanubari aku lah nak meluah perasaan kat situ, tapi rupa-rupanya tuan tanah pun sebenarnya perlu fikir nak tanam apa kat tanah dia. Tak boleh sesuka hati tanam bendi jika permintaan terhadap terung adalah lebih tinggi.

Tak faham la tu.
Biarlah aku berterus-terang. Geli pula nak bermadah bagai ni. 

Baru aku sedar rupa-rupanya, masyaALLAH, ada insan terluka dengan post aku. Macam tak berapa nak comel la pulak bermain dengan isu luka-melukai ni, dah tentu-tentu aku bukan nurse kan. Bukan kerjaan aku nak cuci cuci luka orang. Eleh.. aku baru luah sikit isi hati kat blog, dah ada status-status persis macam nak terjun bangunan kat FB nun sana.

Tanjat gegel...~

Aku nak luah perasaan sikit je. Takkan la semua benda aku nak luah kat mak aku. Mau sarat mak aku nak tanggung masalah aku lagi, masalah dia lagi, isu minyak masak lagi, kes buang bayi, kekejaman di gaza dan sebagainya. Kesian mak aku.

Aku faham. Sejujurnya aku faham memang perit baca kisah pasal diri sendiri kat blog orang walaupun nama kita Faizal Tahir tapi di"nickname"kan sebagai Polan Mas'ud, pedih tetap pedih sebab benda yang diperkatakan tu adalah pasal kita. Yer. Aku sangat faham. Oleh sebab faham la aku ambil keputusan untuk menghapuskan jejak p.l.e.i.a.d.e.s. No more p.l.e.i.a.d.e.s. Already deleted.

Puas hati kan...?

Tapi kau tak tahu betapa terluka nya hatiku selepas deleted p.l.e.i.a.d.e.s.. Rasa macam separuh sejarah dan kronologi hidup aku dipadam dari alam semesta. Haa.. nampak tak kesengsaraan aku tu..? Lagi sengsara bila tengok link blog tu still ada kat bloglist blogger lain. Oh. Pedih..~

So, kenapa buat blog baru lagi..?
Tanya aku pada diri aku.

Aku tahu sejarah mungkin berulang, Tomok pernah nyanyikan secara sengau suatu masa dulu pasal benda ni. Bila ada blog baru dah tentu aku akan mengumpat di tempat baru dengan gaya yang sama kan..? Aku tau kemungkinan tu. Justeru, aku awal-awal lagi dah ambil langkah berlaga-laga berjaga-jaga. 

Kononnya mula-mula create blog ni aku nak hide identiti aku, menjadi blogger yang ala-ala perempuan misteri gitu. Tapi bila fikir-fikir balik macam geli la pula nak main sembunyi-sembunyi di kala usia meningkat ini. Lagipun, dah lama-lama nanti dah tentu-tentu aku akan cerita juga pasal diri aku kan. Buat malu jer main misteri-misteri tetiba cakap, "hai.. my name is khan. Dah hilang misteri. 

Emm. tak jadi strategi tu. Aku tukar plan. Aku akan hide kan blog ni untuk beberapa individu yang senang terluka. Yer.. korang golongan VIP yang berjiwa lembut tu haruslah tidak tahu pasal aku di sini. Tak mungkin nama Suri Sasau itu menggambarkan aku kan..? 

<gelak jahat berulang kali>

Setel satu kes. Tapi ada kes lain. Tapi aku dah malas nak taip. Haruslah malas bila jam dah tepat jam 3.30 pagi. Macam sangat tiada kerja berfaedah nak dibuat dengan tidak tidur sraya duduk mengadap laptop dikala insan-insan cemerlang di sisi Allah sudah sedia bangun untuk bertahajjud. Astaghfirullah.

Ayuh tidur.




Sunday 2 December 2012

malam kedua tak tidur aku

Assalamualaikum...~

Malam ni adalah malam kedua aku malas nak tidur. Semalam malas-malas pun akhirnya aku mendapat hidayah jua untuk tidur pada jam 5 pagi. Alhamdulillah...~

Oh pelis...~
Jangan nak persoalkan isu subuh aku. Bendera jepun berkibar.

Eh. perlu ke dengan kurang malunyer mengumumkan tarikh period aku pada masyarakat awam..? -.- Tolong padam ingatan pada perenggan di atas.

Sudah padam..?

Sekarang tolong baca status di bawah ni.

Sisters,

Do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie’s marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man?

Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your ‘surat-buat-calon-suami’ entries or your ‘menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat’ status?

No.

Dua kali baca status tu, dua kali sentap. Jadi aku batalkan niat untuk baca kali ketiga. Takut tetiba strok. Bahaya.

Jarang aku nampak status macam ni daripada mamat tu. Shock la pula guwe. Biasa aku tengok status dia ala-ala sweet gitu. Justeru, tiap kali aku baca haruslah aku tersenyum seorang diri seraya menekan punat like sambil memintal-mintal bucu hujung rambut. 

Oh lupa nak cakap. Mamat di sini bukanlah bermaksud mamat sepah. Bukan. Jangan sesekali bayangkan dia. Jangan buat aku menyesal kerana memilih nickname mamat untuk post ini. 

Mamat yang aku maksudkan haruslah seorang jejaka yang menjadi idaman qalbu aku. Haruslah aku bercerita pasal dia kerana aku mengidam dia. Tapi sudah tentu dia tak mengidam aku. 

Tak payah kejam sangat nak tanya kenapa, mengapa dan why why west dia tak mengidam aku.

Jadi apa pendapat mung mung sekalian..?
Betul tak status tu...?

Aku setuju sangat. Aku selalu rasa annoy juga dengan pattern gegel yang suka share pasal benda-benda macam ni pada hakikatnya DP berkembar siang sambil muka icon itik bersama pasangan yang belum disahkan halal. macam tak bermakna pulak baca status pasal benda2 baik tapi gambar kat kotak kecil kelihatan besar maksiatnya.

Eh, melalut. Maksud aku sikit jer. Aku setuju dengan status itu tapi dek kerana aku terlampau suka kat mamat ni, maka tiap kali aku nak komen sudah semestinya kepala otak aku teibe jer jadi jem, stuck, blur, heart attack. Agak melampau bunyinya kan..? 

Bila dah kepala jem tapi hati still cakap "do something", jadi penyelesaian terbaik adalah likes. Ya. Ya. Ya. Likes sahaja lah. Tunjuk minat kata Fadzilah Kamsah. 

 

Saturday 1 December 2012

entry ini mengandungi informasi

Assalamualaikum....~
 
Aku teruja sampai tak boleh tidur sebab malaysia menang 2-0. Walaupun aku tak main dalam game tu, dan tak juga menghadirkan diri ke stadium untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, malah tidak jua memakai jersi malaysia.. tapi kau tak tahu sebenarnya aku lebih gembira daripada K.Rajagopal atas kemenangan ini. Tak percaya tanya Rajagopal sendiri.
 
Akibat terlalu teruja sebab malaysia menang sedangkan aku ramal kalah, aku rasa malas nak tidur. Jarang-jarang kita dengar manusia dalam dunia ni malas nak tidur. Jenis yang malas mengaji Quran memang senang nak cari. Datang rumah aku pun boleh jumpa sorang yang berperangai tak senonoh macam tu.
 
Alang-alang dah malas tidur ni, sedang eloklah aku menaip di sini. Faham-faham je lah kan. Sejak-sejak blog baru ni aku jadi malas la pulak nak menaip. Rasa macam syok sendiri pun ada. Almaklum la.. word "be the first" pun terpampang lagi kat bahagian follower tuh. =.=
 
Mari dengar kisah aku dengan kereta aku yang belum jadi kereta aku. 
 
Boleh kata sebelum ni jiwa aku dah spera macam bumi dah nak beli Suzuki Swift setelah terpengaruh dengan gaya cool anak taukey keropok lekor kampung aku yang memandu swift biru mettalic ke hulur ke hilir dalam kampung. Serius aku terpikat dengan kereta dia yang sekali gus membawa kesan yang lebih besar iaitu menyebabkan hati aku mengatakan yang dia juga handsome.
 
"Swift..! Swift..!" kata aku dalam hati.  
 
Tapi macam yang zamani sangka, panas berpanjang, rupanya gerimis, rupanya gerimis, mengundang, a, a, a, a.. Hari ni dunia dah berubah jadi marikh. Aku dah selamat booked Mitsubishi Mirage warna silver. =.= 
 
Aku sedang menampar diri sendiri.
Betul ke aku nak Mirage tu..? Betul ke aku tak nak Swift..? 

Akibat terlalu dilema, aku terus send message pada seorang lelaki ni. Aku terjumpa blog dia, so alang-alang dah ada alamat emel tu why not try send him an email. Tanya la apa yang patut. Minta pedoman sedas dua

Alhamdulillah si Simon reply email aku. 

Aku share la sikit pedoman yang aku dapat daripada si Simon ni. Biasa la, orang yang baik macam aku memang macam ni la. Suka menolong orang. *lawak ni..*

Aku tak nak share email yang aku send sebab aku yakin grammar english aku tu boleh menyebabkan teacher tingkatan 5 aku dulu bersara serta-merta akibat ragu dengan keberkesanan P&P beliau. 

Aku bagi korang baca email yang si Simon reply.
 
 
Hi,
First of all, thanks for visiting my blog :) No problem coz that is what my blog is for, to share stuff about cars and help people in dilemma haha! 
Between Mirage and Swift, it depends on how much is your budget and preference. For Mirage the cheapest is around RM56k while the most expensive is around RM64k, which you can get the cheapest Swift at RM65k. 
I never driven a Swift before, only having a ride in the passenger seat. I would say Mirage is more to a relax driving style due to its smaller 1.2 litres engine, power not that great but in return, you get very good fuel consumption figure. Swift, on the other hand, comes with a 1.5 litres engine and is more powerful, more comfortable, more stable and have better built quality than Mirage. For me, if I have the extra money, I would go for Swift. 
But Swift also has its downsides: Smaller rear seat space and I'm worried that the current Swift in Malaysia will be replaced by a new Swift model that is already launched in other countries for quite some time already. 

I hope this help! Any more question feel free to send an e-mail. And if you don't mind, send me an email to tell me which car you have decided after you booked the car ya :)

Best regards,
Simon Har

 
Aku harap korang pun turut terpedoman samalah dengan hasil perkongsian aku ini. Jangan cuba buat entry tak-tidur-malam aku ini sia-sia.