Friday 23 November 2012

Tak boring kan hidup aku?

Salam..~

Hari ini cuti. Hoiyehh.!!

Hari ni cuti...?  
Hoiyehh sekali lagi. 

Cuti  pada aku meaning duduk lepak kat rumah saja lah. Tak adanya aku nak pergi pusing-pusing seluruh alam menjaja ke-cuti-an aku. Jangan cuba-cuba nak cakap hidup aku boring. Nampak saja boring tapi sebenarnya tak. Serius tak. Tak..?

Tak.! *istighfar* 

Baru tadi Aus, warden lelaki sebelah ajak aku pergi Ledang, sambil2 dia nak bawa calon isteri dia jalan-jalan cari hiburan di dunia ini. Mula-mula dengar perkataan Ledang tu aku terpengaruh juga. Teringat memori makan durian berbiji-biji-biji-biji di tepi air jeram yang sejuk dan damai itu. Indahnya.

Tapi belum sempat aku angguk tiba-tiba terbayang pula nikmat bergolek-berguling-bergulung atas katil di bawah pusingan kipas kuasa 5 dengan effect suram cahaya matahari yang dihalang langsir tebal. Dapat ilusi tu terus aku geleng. Tak nak pegi Ledang..

Tak boring kan hidup aku..?

Dengan penolakan itu, maka dengan sendirinya aku menghabiskan seharian cuti aku dengan membuat segala aktiviti yang tidak berfaedah untuk minda, iman, dan fizikal tetapi sangat mujarab untuk menyuburkan sifat malas dalam diri.

Shh. anak-anak kecil.
Jangan tiru aksi kakak ini. 

Nak tiru juga...?  
Emm. buat sekarang..!!

Tarik langsir.
On kipas kuasa lima.
Bentang toto atas tilam untuk effect empuk berganda.
On laptop. Loading  Dalam Hati Ada Taman.
 
Drama melayu juga aku pilih.  
Tak boring kan hidup aku..? -.-

Tapi nak buat macam mana, aku terlalu teruja dengan Randy sejak beberapa bulan yang lalu. Aku tak demam. Tak juga hilang ingatan atau bertukar badan dengan sesiapa. Tak ada. Tiba-tiba saja hormon cinta-randy-sorang membuak-buak keluar. Fan Hard Die. Walhal dalam Nada Cinta sebelum ni, aku lah insan yang paling terulung, manusia yang paling setan duk sibuk mengutuk dia dengan penuh terkutuk.

Nampak tak pattern hati yang berbolak-balik tu..?

Tapi serius aku cakap, Randy dalam DHAT tu sangat superb. Naughty. Handsome. Sexy.  Kalau dapat comfirm-tak-cari-lain. Yaw..! Sanggup aku berjam-jam tunggu youtube loading DHAT. Dah tak boleh nak buat apa dah, rumah yang menjadi rumah aku buat sementara ni tak ada astro, nak tak nak kenalah juga sabar dan tekun menunggu insan-insan murni di luar sana upload citer tu dalam youtube. Agak azab juga lah menanti.
  
"untuk benda2 dunia yang sementara macam ni pandai pulak kau nak pikir pasal azab bagai kan."

Dek kerana ada bisikan yang macam tu lah aku mampu bersabar meloading cerita. Sekarang tengah tunggu episod 5..  (-.-"). Moga insan murni yang suka upload tu mendengar luahan hati aku ini.  

tolonglah dengar..~

Tetiba rasa malas dah nak menaip. Malas lah buat perenggan penutup. 
Babai.

Tak boring kan hidup aku..?



Wednesday 7 November 2012

mood pun reti berhayun

Salam..~

Hari ni sendirian kat rumah. Housemate pergi main bowling. Dari tadi dia ajak tapi mood untuk ke sana tak muncul. Sorry kawan..~

Bukan tak nak join tapi seroiusly i'm not in good mood to meet people. Feeling like wanna be alone. Wasting my evening on my bed, loitering with my FB addicted. Watching unattractive drama at tv1. Eating yesterday's homemade tomyam.

Done..~
I'm done with alll that.

Lately mood aku selalu swing. Kejap okay. Kejap ke laut. Haih. Feeling so miserable. Kadang-kadang duk sesaje menitik air mata. Mood pun reti nak berhayun kan.. Parah..~ 

Kadang-kadang aku musykil jugak. Sejak member2 rapat aku kahwin, perasaan makin tak boleh nak bendung. Rasa sangat sunyi. Alone. Sendiri. Moody.

Sedih bila kawan habiskan masa bersama husband but i'm still here waiting for them alone. Waiting for my kawan's free time. So sad huh. Kadang2 rasa macam kejam pulak. Kawan boleh datang jumpa aku anytime they want, tapi aku kena tunggu diorang free dulu. Bila husband dia takde baru dia datang cari aku. Seroiusly i'm sad.

Lagi sedih dan menyedihkan bila aku tak boleh nak salahkan sape2 pun dalam hal ni. Kawan aku tak salah. She's having her marriage live perfectly, dia ada tanggungjawab dia. How can dia boleh dipersalahkan..? Big NO there..!

Orang kata banyak merungut ertinya tak bersyukur..

Ya Allah, sorry for keep troubling myself dengan benda2 tak patut. Aku sangat bersyukur cuma kadang2 tak tahulah setan mana yang datang merasuk.

Ok. Salahkan setan pulak..~