Tuesday, 11 December 2012

aku nak membujang dengan gembira

Assalamualaikum...~

Minggu ni saja dah sejuta orang suruh aku kahwin. 
Tu belum total dengan yang minggu lepas punya.

Aku mula dengan kisah orang yang ke sejuta.
Sepupu mak aku.

Hari ni sepupu mak aku datang ke rumah. Sebagai gadis melayu yang baik, aku segera ke dapur membancuh air. Syukur dia datang pukul 10 pagi, tepat masanya. Aku baru 15 minit bercerai dari katil, mandi pun belum, baru basuh muka jer sebab negara aku sejuk. Pukul 9.45 pagi salji masih tebal. Jangan tak percaya.

Sedara mak aku ni sangat baik orangnya, sentiasa konsisten mengambil berat akan kesejahteraan hidup aku. Tiap kali aku balik kampung pasti datang bertanya khabar. Seronok rasanya, paling best tiap tahun dia gubal soalan sama.

        Soalan 1 : apa khabar...? 
        Soalan 2 : bila nak kahwin..?

Itu orang yang ke sejuta. Yang ke 999 999 adalah kawan sekampus aku dulu. Baru jer kahwin beberapa bulan, tengok gaya status di FB seperti masih dalam mode bulan madu. Jadi cara dia tanya aku pun lain sikit la nadanya..

    "Ko nak tunggu pilot ker.. ker abang doktor..?"

Mula-mula aku dengar soalan tu, terfikir juga nak jawab dengan kaki tapi memandangkan sahabat aku ni baik dan  tak patut menggunakan keganasan dalam kehidupan seharian, aku jawab dengan lawak-lawak bodoh ajer lah. Tiada yang terbunuh dalam adegan ini.

Cukuplah dua jenis soalan jer aku cerita. Banyak nanti kan macam ulang cerita yang sama pulak kan. Aku cuma nak respon sikit lah. Nak backup diri biar nampak baik sikit. Sejuta juga yang syak mata aku diperbuat daripada diut-duitan ni. 

Kawanku, 
Aku bukanlah nak memilih sangat pun. Pilot ker, doktor ke, duda ker, pas kahwin nanti semuanya bakal jadi boroi macam bapak-bapak kita jugak. Kalau kaya pun nanti balik kerja dia bawak balik beras dengan lauk jugak. Tak mungkin dia pergi pasar pagi-pagi cari sirip ikan yu untuk kita singgang. Jadi tak payahlah nak syak aku tunggu yang bekerjaya secemerlang itu. Kalau yer pun aku memilih, lebuh detail aspek yang aku tengok. Aku cerita kang terngaga pulak nanti.

Tadi time aku tengah potong bawang, aku tanya mak aku dengan soalan bajet aku gadis rebutan. Aku siap bagi soalan aneka pilihan lagi.

        "Ma.. ma nak sape jadi menantu ma..?"
                 a) kapten tentera laut
                 b) cikgu
                 c) inspektor polis
                 d) kerani pejabat

Mak aku tanpa tengok muka aku, tanpa berfikir, terus jawab.. "istikarah"

Bila lawak kita dibalas dengan elemen keagamaan, terus speechless. Spoil elemen lawak aku. Nak gelak macam tak sesuai. Nak diam macam pelik. Eh canggung la. Mak aku memang suka mengilmiahkan lawak aku.

Wahai kawan, sedara, muslimin dan muslimat,
Bila tiba saatnya aku kahwin, insyaALLAH kahwin lah aku. Boleh tak jangan tanya aku tiap-tiap bulan, spoil mood aku nak membelanjakan duit gaji dengan penuh nafsu akibat terkesan dengan soalan korang. Aku bukan tolak jodoh, cuma jodoh belum datang. Biarlah aku membujang dengan gembiranya time aku bujang ni. Aku baru 6 bulan jadi cikgu. Masih mabuk gaji lagi..

Kalau nak sangat aku kahwin, doakan aku cepat jodoh ^^



5 comments:

Nick Nashram said...

kalo pegi ke kenduri kahwin dan jumpa kwn2 yg lama tu la soklan yg femes "bila nak kahwin"..hahah
pe pun tak nak jadi boroi pas kahwin.

Ym.Bundle said...

hahaha..perkara biasa kot..untung aku dulu tak pernah pulak orang tanya bila nak kawen..sebb aku sendiri tak penah terpikir nak kawen.hahahaha...tapi bila sampai masanya kawen jugak..

tipikal la orang melayu ni camtu..bila dah kawen ko akan masuk fasa yang lagi sentap plak kalau dah kawen tapi lambat mengandung..time ni emosi lagi kene kuat pasal silap2 mata senang masuk habuk cam bini aku..tacing sangat...hehe..

aku yang laki ni pon stress je sebab orang selalu tanye camtu..'dh mengandung bini ko'..sejuta kali jugak la aku kene jawab dalam tempoh setahun lebih..hampeh betul..

eh, terover-over lak aku komen..sori2..hahaha..

the malay male said...

pekakkan telinga

faraherda.razalan said...

Bilan bujang, disuruh kawen. Bila dah kawen, disuruh beranak cpt. Bila dah ade anak sorang, disuruh tambah anak lagi. Yup. Dilema sy skg ni. Disuruh tambah anak. Katanya, jgn terpengaruh sgt dgn gaya hidup kota. Anak sorang je. Tak nak ramai.

Hello! Sy Tuhan ke? Petik jari terus boleh mengandung? Puihh!

Mimi Nazira said...

i'm facing the same situation jugak kak.. huhu.. kdg2 malas nk jawab an.. =D memang la jauh dari sudut hati nak jgk kawen.. tp bila tgk diri, cm xready plak.. hoho